Bitget Membawakan Lalaun Pantas ke Indonesia Bersama MotoGP dan Smarter Speed Challenge 2.0
VICTORIA, Seychelles, Oct. 07, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, telah menghangatkan suasana di Grand Prix Indonesia di Mandalika dari 3 hingga 5 Oktober, menggabungkan keterujaan sukan permotoran dengan inovasi Web3 di bawah satu bumbung. Berikutan kejayaan pelaksanaan di Itali, Jerman dan Sepanyol, kemunculan Bitget di Indonesia menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkongsian globalnya bersama MotoGP, yang diketuai oleh juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo.
Di Litar Antarabangsa Mandalika, Bitget mengetengahkan gabungan adrenalin dan teknologi menerusi reruai peminat dua tingkat yang mempamerkan inovasi terbaharunya. Pengunjung berpeluang merasai simulasi MotoGP berskala penuh, menyertai cabaran interaktif serta sesi bergambar di lokasi, di samping membawa pulang barangan edisi terhad eksklusif. Kemuncak hujung minggu tersebut tiba apabila Jorge Lorenzo sendiri mengunjungi reruai Bitget, di mana beliau beramah mesra dengan peminat, menandatangani barangan kenangan serta berkongsi pandangan tentang perjalanan karier perlumbaannya — menambah aura bintang dan keterujaan kepada suasana yang sudah pun penuh tenaga. Pengalaman itu mencerminkan semangat unggul Bitget — “Make It Count”, yang meraikan ketepatan, kawalan serta keberanian dalam kelajuan — baik di litar perlumbaan mahupun di arena dagangan.
Hujung minggu itu turut menyaksikan pelancaran Smarter Speed Challenge 2.0 — #NoBlinkLap, permainan mini dalam talian global Bitget yang diilhamkan oleh intensiti MotoGP serta keputusan sepantas kilat yang mendefinisikan dunia perlumbaan dan dagangan kripto. Selepas debutnya di Barcelona, Challenge 2.0 meningkatkan tahap cabaran di Indonesia, apabila para peminat menguji tumpuan mereka dalam cabaran 30 saat tanpa berkelip dan berlumba menentang masa dalam larian 90 saat untuk menduduki papan pendahulu. Pemenang akan memperoleh pengalaman VIP eksklusif di perlumbaan MotoGP yang akan datang, menjadikan kejayaan maya sebagai ganjaran di dunia sebenar.
“Bitget sentiasa percaya bahawa kelajuan, ketepatan dan kawalan menentukan kejayaan — di litar, dalam dagangan dan dalam kehidupan,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Kerjasama kami dengan MotoGP bukan sekadar tentang keterlihatan; ia tentang komuniti. Asia Tenggara mempunyai antara peminat kripto dan sukan permotoran yang paling bersemangat dan acara ini membolehkan kami berhubung dengan VIP serta pengguna kami yang dihargai dengan cara yang nyata, menyeronokkan dan sangat peribadi.”
Grand Prix Indonesia bukan sekadar satu pameran; ia mencerminkan evolusi Bitget menjadi Universal Exchange (UEX), sebuah platform yang melangkau dagangan untuk menghubungkan budaya, teknologi dan kewangan. Sama seperti MotoGP yang sentiasa mentakrifkan semula kelajuan, Bitget sedang membentuk semula makna sebenar sebuah bursa: lebih pantas, lebih pintar dan lebih berhubung dengan penggunanya.
Smarter Speed Challenge 2.0 berlangsung sehingga 17 November, dengan peserta dari seluruh dunia dijemput untuk menyertai perlumbaan, mendaki papan kedudukan dan memenangi hadiah eksklusif. Apabila siri ini diteruskan, mesej Bitget kekal jelas: dalam dunia kripto, sama seperti perlumbaan, setiap saat amat berharga.
Main permainan mini MotoGP di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia. Beroperasi di lebih 150 negara dan wilayah dengan lebih daripada 120 juta pengguna, bursa Bitget komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salin yang inovatif yang dipeloporinya serta penyelesaian dagangan lain, sambil menyediakan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, Ethereum dan mata wang kripto lain. Bitget Wallet ialah dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 blok rantai dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e327c417-b547-4134-b100-3a580ee4882e
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/04dfdd1d-6591-4824-a2cd-04dd88715a43

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
